Monday, September 22, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN XIV
Thursday, September 18, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN XIII
Wednesday, September 17, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN XII
contoh: mereka, umat, rakyat
Dalam sesuatu ucapan, kita sering mendengar kata-kata tersebut digandakan.
Contoh:
Mereka-mereka inilah yang selalu menimbulkan masalah.
Umat-umat Islam akan mula berpuasa esok.
Rakyat-rakyat sekalian diminta bertenang.
Sepatutnya, kata-kata tersebut tidak perlu digandakan.
Tuesday, September 16, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN XI
BILA atau APABILA
perhatikan contoh dalam dua ayat berikut:
1. Bila senja tiba, kelawar berterbangan mencari makanan
2. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan mencari makanan.
Ayat (1) atau ayat (2) yang betul?
-Bila ialah kata tanya. Apabila pula ialah kata hubung pancangan keterangan.
Jadi ayat (2) yang betul.
Untuk kata tanya bila, ayat yang betul ialah seperti berikut:
Sampai bilakah Ali boleh memegang jawatan itu?
Diharap penjelasan ringkas ini dapat menyelesaikan sebarang kekeliruan.
YANG SILAP KITA BETULKAN X
Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat.
Contoh 1:
Mengikut jurucakap Kementerian, mengatakan prestasi tahun ini amat baik.
yang betul:
Mengikut jurucakap Kementerian, prestasi tahun ini amat baik.
atau:
Jurucakap Kementerian mengatakan prestasi tahun ini amat baik.
Contoh 2:
Dalam kajian itu, melaporkan bahawa matlamat kajian telah tercapai.
yang betul:
Dalam kajian itu, dilaporkan bahawa matlamat kajian telah tercapai.
atau:
Kajian itu melaporkan bahawa matlamat kajian telah tercapai.
Contoh 3:
Yang menimblkan kerumitan kepada para peserta.
yang betul:
Yang menimbulkan kerumitan kepada para peserta ialah aspek menganalisis masalah.
Monday, September 15, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN IX
Ayat di atas diucapkan dalam bentuk ayat pasif diri kedua, sedangkan ayat di atas ialah ayat pasif diri ketiga.
Ayat pasif diri ketiga mengandungi kata ganti nama diri ketiga seperti dia, mereka, beliau, nya, baginda, termasuklah majlis dll.
Ayat pasif diri ketiga diikuti kata sendi nama oleh. contohnya,
1. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
Sunday, September 14, 2008
YANG SILAP KITA BETULKAN VIII
YANG SILAP KITA BETULKAN VII
PENGGUNAAN KATA SENDI YANG SALAH (4)
kata sendi nama kepada
-hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad,dan perubaan keadaan. Salah jika digunakan kata sendi nama ke.
ke kerani itu (salah) kepada kerani itu (betul)
ke orang tuanya (salah) kepada orang tuanya (betul)
ke bahaya dadah (salah) kepada bahaya dadah (betul)
YANG SILAP KITA BETULKAN VI
PENGGUNAAN KATA SENDI YANG SALAH (3)
kata sendi nama dari
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, dan waktu atau masa. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang manyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.
contoh:
bertiup daripada selatan (salah) bertiup dari selatan (betul)
daripada kiri ke kanan (salah) dari kiri ke kanan (betul)
daripada sudut ekonomi (salah) dari sudut ekonomi (betul)
daripada pukul 10.00 pagi (salah) dari pukul 10 pagi (betul)
daripada kuruh ke-18 (salah) dari kurun ke-18 (betul)
-
YANG SILAP KITA BETULKAN V
Kata sendi nama Ke
YANG SILAP KITA BETULKAN IV
YANG SILAP KITA BETULKAN III
YANG SILAP KITA BETULKAN II
YANG SILAP KITA BETULKAN I
Di antara pendingin hawa dan penghawa dingin yang mana betul penggunaannya?
Dalam rencana akhbar, seringkali kita melihat istilah penghawa dingin digunakan untuk merujuk kepada istilah air-conditioner.
Contoh ayat:
1a. Ahmad telah memasang alat penghawa dingin di rumahnya.
1b. Ahmad telah memasang alat pendingin hawa di rumahnya.
Yang mana satu betul, ayat 1a atau ayat 1b?
Yang betulnya ialah ayat 1b.
kata dasar ialah hawa dingin
hawa ialah kata nama sementara dingin ialah kata adjektif.
Cuba analogikan dengan air sejuk
air ialah kata nama sementara sejuk ialah kata adjektif.
Alat untuk menyejukkan air dipanggil penyejuk air. bukan pengair sejuk.
Jadi, alat untuk mendinginkan hawa ialah pendingin hawa, bukannya penghawa dingin.
Cintailah bahasa kita dengan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul sama ada melalui tulisan atau secara lisan.